Saturday, October 31, 2009

Rahsia Cemerlang dalam Matematik

Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik. Ada 5 perkara penting yang akan kita bincangkan untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.

Perkara-perkara tersebut ialah;
  • Teknik Belajar Matematik
  • Penyelesaian Masalah
  • Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
  • Teknik Untuk Menduduki Peperiksaan / Ujian Matematik

Teknik Belajar Matematik – Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;
  1. mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  2. Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  3. Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  4. Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  5. Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.

Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Pelajaran Lain

  1. Matematik adalah satu mata pelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda.
  2. Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Masa Belajar Matematik

Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.

Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.

Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik